Apa itu VPS

PANDUAN MENDAFTAR VPS


Apa itu VPS?

Apa itu Virtual Private Server (VPS)? Virtual Private Server atau lebih dikenali dengan VPS secara mudahnya adalah komputer desktop kita, cuma ianya berada di server yang boleh disewa secara bulanan atau tahunan. Apa kena mengena pulak dengan Forex Trading ? Salah satu alternatif urusan jual beli forex ini adalah dengan menggunakan Robot atau Expert Advisor ataupun EA. Contohnya, macam RF2009, PipTronic, PipTurbo dan Forex Grinder dan lain-lain.

VPS boleh membantu para peniaga forex untuk menempatkan platform forex(Terminal dagangan) dalam perniagaan mereka. Ini dapat memaksimakan keuntungan dengan mengurangkan risiko, gangguan pada perniagaan yang sedang berlangsung. VPS amat terkenal digunakan oleh peniaga-peniaga yang menggunakan robot. Ini kerana robot tidak boleh diganggu terutamanya ketika sedang melakukan jual beli.

Berikut adalah kebaikan menggunakan VPS.


1. Stabil
VPS tidak terganggu jika sekiranya di tempat anda selalu sahaja mati bekalan elektrik.

2. Kerosakan komputer
Bayangkan ketika anda sedang berjual beli, tiba-tiba komputer anda mragam. Sudah tentu urusan perniagaan anda terganggu. Bagaiman pada masa itu masa kritikal yang perniagaan anda prlukan pengawasan. Tetapi penggunan VPS ini tidak akan brlaku.

3. Anda boleh RELAX
Biarkan robot anda melakukan urusniaga, walaupun semua komputer anda ditutup. VPS tetap membantu anda berniaga.

4. Harga murah
Hanya dengan harga RM100.00 sebulan, malah ada yang lebih murah dari itu. Berbanding dengan keuntungan forex anda yang berlipat kali ganda.

5. Atasi line internet yang perlahan dan selalu putus-putus.
Tiada masalah dengan VPS.

Jadi jika anda mahu memulakan perniagaan dalam forex, saya sarankan agar menggunakan VPS. Terutamanya jika merancang menggunakan Robot. Ianya berbaloi dengan pendapatan anda nanti.


BAGAIMANAN MENDAPATKAN VPS

Banyak syarikat di seluruh dunia menyediakan sewaan bulanan atau tahunan kepada pelanggan mereka. Kita boleh carinya di internet tetapi harus waspada juga kerana kita tidak tahu nanti apakah syarikat itu mempunyai rekod yang baik dalam perniagaan mereka. Tapi jangan bimbang, kita daftar disyarikat yang ramai orang dah gunakannya. Saya menggunakan VPS yang ditawarkan oleh SWVPS.
Berikut merupakan panduan untuk anda menyewa VPS:

Daftar VPS dari sini:  Daftar VPS atau klik Baner di bawah ini:



Langkah 1.
Klik pada link di atas. Anda kana disambungkan ke web site SWVPS.
Lihat pada pelan VPSnya, iaitu LVPS-1 Plan, WVPS-1 Plan masing-masing bergharga $9.95 dan $ 18.00 per sebulan (Dalam USD). Anda boleh mengambil mengikut kemampuan anda. Tetapi harus ingat yang murah tu mungkin kurang oklah. Saya ambil pelan di WVPS-1, setakat ini masih ok.

Langkah 2.
Klik pada 'view more' dan anda akan dibukakan tetingkap yang lebih lengkap tentang pelan VPS. Cari WVPS-2 skrol ke bawah dan anda masih boleh pilih. Saya ambil WVPS-2 yang berharga $29.00, kalau wang kita hanya lebih kurang RM 100.00 sebulan.

Langkah 3.
Klik pada 'Order Now', dan anda akan di perlihatkan dengan tetingkap permulaan mengisi borang. Dibawah ini adalah panduan lengkap mengisi borang di SWVPS:

 Panduan lengkap mengisi borang ada disini. <<--- klik panduan mengisi borang
atau:
vps_swvps.rar
vps_swvps.zip

Langkah 4.
Setelah anda berjaya mendaftar di SWVPS, anda barulah membuat pembayaran untuk sewa VPS anda.
Cara membayar ialah saya sarankan menggunakan kemudahan "Liberty Reserve", ianya adalah free tetapi akaun wang yang anda pindahkan ke akaun Liberty Reserve ini akan di potong mungkin dalam $2.99 sebagai bayaran servis.  Anda boleh juga membayar menggunakan kad kredit tetapi jika anda seorang yang sangat berhati-hati, mungkin berat hati juga memberikan nombor kad kredit anda bukan. Liberty Reserve, wang anda lebih selamat. Jadi masih nak gunakan kad kredit? Jika ya teruskan, jika tidak dibawah adalah cara untuk membuka akaun 'Liberty Reserve',

Langkah 5.
Membuat pembayaran SWVPS. Cara pembayaran boleh gunakan kad kredit atau Liberty Reserve.


MEMBUKA AKAUN LIBERTY RESERVE


Cari dan klik 'create account' di bahagian atas sekali. Isi borang dan tekan butang setuju/agree. Teruskan sehingga tamat. Simpan maklumat akaun anda ditempat yang selamat. Setelah selesai, anda kini sudah mempunyai akaun Liberty Reserve. Buat masa sekarang ini akaun anda ini kosong. Anda perlu mengisinya dengan cara login ke akaun anda dan cari menu di sebelah kiri iaitu Buy/Sell LR. Klik dan anda akan dibukakan halaman Exchangers. Pada bahagian Company cari di bawahnya 'JTGOLD.com'. Laman ini mengurus pemindahan wang ke akaun Liberty Reserve di Malaysia. Sebelum itu adakah anda mempunyai akaun di MAYBANK2U? Untuk makluman anda, jika anda ada akaun bank yang dimaksudkan, sangat senang, sebab anda boleh pindah terus wang anda selepas berurusan dengan JTGOLD.com. Jika ada teruskan tetapi jika belum ada gunakan cara yang lain(akan diceritakan kemudian).

Kita teruskan untuk memindahkan wang ke Liberty Reserve (LR), di JTGOLD.com. Laman Rasminya disini.
Setelah anda klik pada pautan di atas, maka anda akan dihidangkan dengan tetingkap 'welcome'. Skrol ke bawah dan cari 'Buy e-gold/liberty reserve/ECUmoney from us.'
Di bawah tajuk ini cari ini:

Buy liberty reserve (USD):
We sell at RM3.40 per USD1 of liberty reserve.

Nah sekarang, anda bolehlah bayar kepada SWVPS. Cara proses pembayaran ini berulang setiap bulan kecuali anda memilih untuk membayar setahun kepada SWVPS.

Ok, setakat ini adakah anda boleh mengikutinya? Memang ianya agak rumit sedikit, tetapi inilah lumrahnya. Tiada jalan pintas untuk menjadi senangkan. Inilah namanya BERPINDAH MINDA. Kalau anda rasa terbeban, fikirkanlah masa depan anda. Siapa lagi yang boleh menolong diri kita sendiri. Cubalah sedikit-demi sedikit. Buka akaun satu-persatu. Saya juga begitu dahulu. Sememangnya payah untuk BERPINDAH MINDA ini tapi kekuatan untuk mengubah hidup ini tetap utuh, lalu sehingga kini saya masih bangga dengan keggigihan saya untuk mahu berubah.

Ini adalah kadar belian USD ke RM. Setelah itu, jika anda mahu teruskan, tekan butang BUY NOW, ini akan membawa anda kepada, borang pembelian. Selesai mengisinya tekan butang 'BUY NOW'. Ikuti arahan seterusnya. Anda juga akan dihantarkan emel permberitahuan dan arahan, bagaimana urusan seterusnya. Selepas itu tinggalkan wesite JTGOLD.com, dan pergi ke laman web Maybannk2u anda untuk transfer kepada JTGOLD.com. Selepas tranfer wang kepada JTGOLD.com, urusan anda selesai. Tunggu sebentar anda akan dihubungi oleh pihat JTGOLD.com untuk mengesahkan wang anda telahpun selesai dimasukkan ke LR anda. Pergi ke akaun LR anda dan lihat perubahan pada akaun.

Semoga berjaya
Admin