Risiko Perniagaan Forex


Adakah Perniagaan Forex Berisiko?

Ya. Perniagaan ini memang berisiko. Sepeti juga dengan perniagaan yang lain. Jika anda bercadang menceburi bidang ini, pastikan anda sudah bersedia untuk untuk menanggung risiko ini. Jangan hanya tertarik dengan tawaran-tawaran yang indah-indah dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan perniagaan ini.

Sebenarnya bukan semua orang yang menceburi bidang ini bertuah. Kebanyakan dari mereka juga tidak bertahan di sini. Namun ada juga yang bertahan, malah menjadi kaya-raya! Ada juga yang menjadi serik untuk terus melabur. Ini semua bergantung kepada kita. Kalau nak juga, sediakanlah dana sendiri yang sedia digunakan, manalah tahu trade tidak menjadi. Dana ini bolehlah digunakan untuk suntikan modal bila-bila sahaja diperlukan. Jangan hanya bergantung kepada kepada pelaburan itu semata-mata tanpa persediaan. Kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Buatlah persediaan sebelum melabur dan fahami selok-belok perniagaan ini. Banyak maklumat dan panduan dalam internet yang boleh anda timba. Biarlah anda masak dengan selok-belok ini, dan sedaya upaya menguasai trik, teknik, strategi dan panduan-panduan lainnya, sebelum anda masuk dalam perniagaan ini. Saya juga masih mempelajari teknik dan strategi dalam forex ini. Jika semuanya anda kuasai maka bersedialah untuk masuk ke gelanggan yang sebenar. Bidang ini memerlukan ketenangan, tidak tamak, sabar dan banyak lagi.

Jika anda menyertai bidang ini melalui blog ini, silakanlah tetapi semua risiko andalah anda yang menanggungnya. Tetapi jika anda bernasib baik saya tidak akan minta apa-apa juga dari anda. Itu adalah hak anda.

Admin