Kenapa Menceburi Forex?

Ini merupakan pengalaman saya sebelum dan semasa saya mencoba bidang forex.



Saya merupakan pekerja makan gaji dalam kerajaan. Bukannya saya kebuluran atau kesempitan wang semasa berkerja tetapi, inilah hakikatnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada. Terus-terang saya katakan disini, bahawa walaupun setiap bulan menerima gaji x,xxx tetapi, gaji yang saya terima itu, tidak pernah mencukupi, untuk sebulan. Hal ini membuatkan saya risau sedikit, walaupun isteri saya juga sebenarnya berkerja. Inilah hakikatnya, apatah lagi hidup di bandar yang semuanya gunakan wang.

Saya mula memikirkan sesuatu yang boleh mengangkat kehidupan kami anak beranak. Akibatnya saya membuat pinjaman kewangan di institusi kewangan, semata-mata untuk membuka beberapa perniagaan, namun perniagaan juga tidak berjaya. Saya juga telah menyertai beberapa skim cepat kaya. Ada juga yang memberikan keuntungan sekejap dan ada juga yang lesap begitu sahaja. Anehnya saya tidak pernah serik.

Satu hari saya telah membuat satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup saya. Saya telah melabur belasan ribu kepada satu skim yang akhirnya membuatkan saya gigit jari..... 1 sen pun tidak ada balikannya! Semua ini disebabkan ketamakan kerana tertarik dengan tawaran keuntungan dan prestasi syarikat yang digembar-gemburkan pada masa itu. Semuanya itu adalah gimik hanya untuk menarik minat para pelaburnya. Selepas peristiwa ini, saya tidak lagi berminat untuk mencari pelaburan yang kabur masa depannya dan tidak dapat dikawal sendiri.

Bermula daripada peristiwa itu, saya telah mula memikirkan satu strategi berasaskan web, yang mana perniagaan itu boleh dikawal sendiri tanpa campur tangan pihak ketiga dan tidak melalui perantaraan untuk membuat pelaburan, serta pengurusan adalah ditangan sendiri. Namun saya sedar untuk berniaga itu harus ada risiko dan harus berani menganggungnya. Lalu saya mula memikirkan apakah cara itu.
Satu hari saya terdengar khabar bahawa seorang kawan telah pergi mengikuti kursus forex. Saya telah menelefon dan dengan bersahaja bertanyakan hal itu. Khabar itu ada kebenarannya lalu secara diam-diam saya mula menerokai internet untuk mencari apa sahaja artikel atau maklumat yang berkaitan dengan forex itu.

Memang saya tidak faham apa itu forex dan bagaimana ia mampu memberikan keuntungan. Setelah beberapa lama mencari saya akhirnya membuka satu akaun demo, tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu membuat jual beli. Saya biarkan perisian(platform trading) dalam komputer saya selama 4 bulan, tanpa apa-apa jual beli.

Suatu hari saya ada bercerita tentang forex ini kepada seorang kawan. Kebetulan adiknya juga seorang pelabur forex. Lalu saya bertanya lebih lanjut. Dari hari itu saya mula memahami bagaimana jual dan beli untuk mengasilkan keuntungan. Saya juga mula mencari teknik dan cara-cara berniaga. Banyak maklumat yang telah saya perolehi, termasuklah membeli teknik forex di internet.

Bermula dari hari itu saya cuba melakukan jual beli dengan menggunakan teknik yang telah saya pelajari itu.
Pada permulaannya saya memang banyak melakukan jual beli tetapi lebih banyak kerugian. Saya mencuba demo ini selama setahun. Semua ini kerana tiada keyakinan dan sering 'lose' kerana ktiadaan teknik yang sesuai. Hari demi hari bulan demi bulan, saya mula matang dan dapat menghasilkan keuntungan. Namun yang tidak baiknya selalu juga bengkrap.

Akhirnya saya mendapat keyakinan untuk membuka akaun forex. Saya begitu gembira ketika ini kerana mempunyai satu perniagaan. Lalu saya buat jadual saya sendiri dengan mengikuti masa-masa niaga yang bagus waktu Malysia. Saya juga menupgredkan dua buah komputer saya. Saya sangat teruja pada masa ini. Setiap malam saya cuba mengaut sebanyak mungkin wang forex itu. Begitu juga siang hari selepas balik dari kerja saya terus sahaja bermain forex ini.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.... Tuah yang diharap tidaklah begitu menjadi. Semakin hari saya rasa gementar. Ketika berniaga, saya tidak keruan bila harga naik dan turun secara mendadak. Semakin hari semakin saya lose, emosi saya terganggu. Akibatnya pelaburan saya tinggal 15% sahaja lagi dari modal asal.

Saya tahu wng saya ini akan habis jika saya teruskan. Saya hentikan semua urusniaga serta-merta. Saya bingung seketika dan mula berfikir, betul kata orang forex hanya membaham wang kita sahaja. Namun satu yang bermain dalam fikiran saya ialah, "JIKA IA MERUGIKAN, SUDAH TENTU IA JUGA MENGUNTUNGKAN". Saya tanam dalam fikiran saya, tentu ia ada rahsiah untuk mengaut wangnya. Lalus saya cuba lagi melayari internet kalau-kalau ada teknik yang lebih baik dari yang saya pelajari.
Dalam internet memang terlalu banyak maklumat tetapi, saya tidak tahu yang mana saya mahu ambil. Ada banyak juga teknik ini yang saya cuba tetapi agak susah dan banyakkan berfikir dan memakan masa yang lama untuk belajar. Saya mula dilanda kebosanan. Semua teknik yang saya cuba tidak menjadi. Saya mula menjauhkn diri dari bidang forex, saya tidak menyentuhpun komputer mahupun platform forex selama kalau tidak silap dua minggu.

Satu hari saya menerima satu emel yang mungkin telah saya langgan Newslaternya dari sebuah laman web. Kandungannya adalah tentang beberapa robot forex, berserta dengan reportnya. Walau bgaimanapun minda saya sudah diracuni oleh internet dan cerita dari kawan-kawan, bahawa robot boleh menghabiskan wang dengan sekelip mata sahaja. Saya mengabaikannya begitu sahaja namun saya simpan jugalah robot-robot ini.
Sekali lagi saya didatangi emel yang sama tetapi kandungan yang agak berlainan. Report daripada perfomance robot yang diberitahunya kepada saya agak menarik perhatian saya. Saya begitu tertarik sekali dengan emel ini. Lalu saya membalasnya. Nah bermula dari sinilah lembaran baru dalam bidang forex saya bermula kembali. Saya mula meminati Robot-robot yang dikirimnya kepada saya. Saya juga telah mencuba beberapa robot yang semuanya power-power.

Akhirnya saya terjumpa rahsia forex, memang banyak robot dipasaran tetapi ada yang tidak bagus dan ada juga yang power gila. Kenapa robot boleh ngap sekali sahaja wang anda? Sebab modal tidak cukup untuk menampung pergerakan mata wang. Itu je...

Saya menerima satu robot daripada perkenalan kami dengan MR Forex ini. Robot dia memang bagus, saya menjalankan ujian EA ini selama sebulan tanpa VPS. Keputusannya amat memberansangkan. Saya mengambil keputusan untuk menggunakan robot ini. Sehingga kini ia sudahpun memulangkan kembali dengan keuntungannya sekali wang yang hanya tinggal 15% itu. TQ MR Forex....

Jadi anda bagaimana? Menarikkan ..... he he nak belajar... bolehhhhh.


ANDA TIDAK MAHU MENGHADIRI KELAS FOREX? DI BLOG INI MACAM-MACAM ADA SIMPEL TAPI KAU-KAU....

___________________________________________________________

"HA HA HA, CERITA INI 3 TAHUN YANG LALU, SAYA TAK GUNA ROBOT DAH. SEBENARNYA SAYA JUGA SERIK GUNA BENDA NIH. MEMANGLAH MULA-MULA TU AGAK MENYENANGKAN, TAMBAHAN LAGI TAK TAU BETUL-BETUL TEKNIK MANUAL. TAK TAHAN LAH, CEREWET BETUL, SEWA VPS SATU HAL, ROBOT PULA TAK MENJADI. BAGUS LAGI KORANG BELAJAR TEKNIK MANUAL SAYA, YANG SUDAH SAYA POST DI BLOG INI."

___________________________________________________________
Admin