Anda tidak sabar? Kini saya akan memberikan beberapa panduan kepada anda bagaimana untuk bermula dalam forex ini. Setiap yang saya tulis ini adalah pengalaman saya sendiri dari permulaan sehinggalah sekarang. Semua panduan ini membimbing saya untuk mengenali sedikit tentang bidang forex ini. Sila ikuti dan cuba amalkan menurut cara anda, kerana saya percaya setiap pengalaman untuk menerokai sesuatu bidang itu berlainan menurut cara masing-masing.
Sebelum anda melabur wang yang sebenar ke dalam bidang forex ini, anda dinasihatkan agar perkara-perkara berikut haruslah diberi perhatian. Kerana, semuanya membawa kepada kematangan anda untuk masa hadapan, apabila kelak mahu membuka akaun perniagaan yang sebenar.
Tips Forex
Langkah 1
1. Pelajari dan fahami apa itu maksud forex.
2. Pelajari pasarannya.
3. Pelajari apa yang diperdagangkan dalam forex.
4. Pelajari bagaimana ia diperdagangkan.
5. Pelajari siapa yang terlibat dalam perdagangan forex.
6. Pelajari teknik-teknik, strategi, dan pendekatan untuk mengaut keuntungan.
7. Pelajari matawang yang terlibat.
8. Cari tips untuk berjaya.
9. Pelajari risiko pelaburan forex.
10. Cari bahan-bahan ini dalam internet dan buku-buku berkaitan.
Langkah 2
1. Pelajari membuka akaun demo.
2. Belajar berdagang forex dalam demo.
3. Belajar menggunakan teknik-teknik dalam demo.
4. Berdemolah sehingga anda mengaut keuntungan
5. Selagi rugi teruskan berdemo kerana anda tetap akan rugi dalam akaun sebenar.
Langkah 3
1. Buka real akaun, labur duit sedikit dahulu, sebagai test pasaran. Jangan tamak. Selepas yakin barulah fikirkan untuk menjadi kaya raya.
2. Buatlah keuntungan dengan mengaplikasikan kesemua Tips yang di atas.
3. Keluarkan keuntungan dan berbelajalah sesuka hati anda.
4. Jika anda gagal jangan mudah putus asa, cari teknik baru dan lebih berkesan.
"FOREX ADALAH LUBUK WANG" namun carilah pancing dan umpan yang sesuai....
Anda tidak akan dapat mengabiskan kesemua wang dalam sana walaupun anda menghabiskan seluruh hidup anda untuk mengautnya.....
KENALI BROKER ANDA
Broker ada yg baik dan kebanyakkan tidak.
1.Masalah anda ialah masalah EA. Ada banyak EA di pasaran yg boleh generate duit banyak tapi bila nak withdrawal, problem besar dengan brokers. Bukan semua EA diterima oleh semua Brokers. Contoh FABTurbo EA tidak diterima oleh kebanyakkan Brokers. Ada broker seperti fxInterbank, mahukan pengguna menandatangani Approval Letter, sebelum menggunakan EA di platform mereka, itu pun hanya EA yg telah mereka approved.
2.Slippage perkara biasa, terutama waktu news besar. Boleh dielak jika ada pengalaman. Malah pd waktu news, banyak akaun MC kerana SL tak support.
3.Masalah ini sama di dalam/luar negara.
4.Mangsa keadaan ini memang ramai – sebab tiada pengetahuan yg luas mengenai FOREX.
5.Forex Malay, Liteforex & Tadawul boleh dikatakan Ok – tapi kalau anda tidak kenal org dalam (supporters) atau tidak ikut “Broker’s Rules & Regulations”– memang sukar. Kalau modal kecil ok, tapi kalau trading dengan modal USD10K ke atas, memang sakit teruk jika brokers buat hal. Borkers yang berdaftar dengan NFA & CFTC, jika bermasalah, sangat sukar untuk proceed dengan Law Suit.
Satu lagi masalah dengan Traders ialah bila buka akaun dan boleh trade, dah kira Ok. Kemudian bila untung nak withdrawal bermasalah sebab anda tidak terlebih dahulu VERIFY Account anda. Perkara2 beginilah yg perlu diterangkan oleh mereka yg menjadi sifu @ buka kelas2 forex. Sebagai Trader, saya cukup mengambil kira perkara2 seperti ini.
Jalan penyelesaian :
1.Hubungi live support, untuk mengetahui samada anda boleh guna EA di Platform mereka dan beritahu jenis EA yg akan digunakan, jika mereka setuju, baru beli EA itu.
2.Hubungi & cuba bincang dengan support team, buat kawan, nanti mudah untuk berurusan.
3.Selepas buka akaun, Verify dulu akaun itu, kalau line clear, nanti baru funding dan withdrawal pun mudah.
4.Tanya mereka syarat2 untuk memudahkan withdrawal. Ini akan membantu anda buat withdrawal dalam masa beberapa jam sahaja.
Semua broker mudah, jika anda ikut arahan & peraturan yg betul.
"ORANG KATA SEBELUM JAM 9 PM BERHENTI TRADE TAKUT KENA FLOATING, TETAPI STRATEGI MANUAL SAYA TAK PERLU TAKUT KENA FLOATAING. HE HE PELAJARILAH..."
DIPETIK DARI DR. DUIT
Tq Dr. Duit
Admin