Sering kali terlintas dalam fikiran saya, suatu kehidupan yang mewah atau sekurang-kurangnya hidup selesa dengan tersedia semua dihadapan mata, apa sahaja yang saya mahu... Bagi anda yang mahu melihat perubahan itu terjadi harus optimis dan bersedia melakukannya. Tatapi berapa orang yang boleh melakukan ini? Bagi anda yang berfikiran positif mungkin sesuatu harus dilakukan.
Demikianlah saya yang mahu melihat kenyataan ini, harus melakukan sesuatu agar apa yang diinginkan itu tercapai dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Sebenarnya sudah terlalu lama untuk saya tunggu peluang ini. Kini peluang ini terhidang dihadapan mata saya dan hanya menunggu buahnya sahaja....
Bagi saya setiap peluang yang ada untuk membuat perubahan janganlah disia-siakan. Namun harus berhati-hati kerana kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk peluang dan kita tidak tahu peluang mana yang harus diambil, kerana peluang itu ada banyak yang berbentuk penipuan dan terlalu sedikit yang benar, terutamanya di Internet. Kita disuapkan dengan banyak iklan yang semuanya meragui. Jadi harus pandai menilai dan membuat banyak pertimbangan dan kajian terlebih dahulu sebelum terjunkan wang ringgit ke arah itu.
Saya tidak menafikan saya juga pernah tertipu dengan skim-skim cepat kaya sebelum ini. Bukan sekali dua malah sudah banyak kali. Begitu juga dengan teman-teman, mereka juga pernah mengalami nasib seperti saya. Kerugian pula bukan lagi beratus ringgit tetapi puluhan ribu ringgit. Saya pernah kehilangan belasan ribu ringgit akibat ketamakan dan kerakusan.
Bermula dengan kerugian ini, saya dah mula membuka fikiran saya untuk menilai dengan mendalam terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pelaburan. Biarlah pelaburan itu betul-betul wujud, sah, dan mempunyai bukti kukuh untuk dipercayai, serta boleh dikawal oleh kita.
Bagaimana pula dengan anda? Anda mahu berubah? Saya akan cuba menceritakan serba sedikit perkongsian saya, yang masih terlalu awal untuk dinilai ini. Nak tahu? Blog ini sebenarnya membawa anda secara tidak disedari membuat perubahan dalam hidup. Walaupun ianya mungkin susah untuk anda melaksanakanya tetapi tunggu dulu... Orang lain boleh melakukanya, kenapa anda tidak? Saya juga berfikiran seperti itu suatu ketika dahulu tetapi kini tidak lagi. Yang penting anda ada kesungguhan, minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh ke arah itu.
Inilah yang saya lakukan sekarang ini. Blog inilah buktinya kesungguhan itu. Jika anda berminat, teruskanlah mencari maklumat dalam blog ini, kerana semua yang saya lakukan ada dimuatkan disini.
Saya juga sedia berkongsi ilmu untuk anda jika itulah kemahuan anda. Blog ini saya kongsikan untuk anda yang mahu membuat perubahan...
BAGAIMANA BUAT PERUBAHAN?
Anda pernah dengar tentang FOREX? Ya, ini adalah benar. Ramai orang menganggap bidang ini boleh merugikan hanya dengan sekelip mata sahaja. Ya, saya akui itu ada kebenarannya. Namun pendapat ini juga boleh disangkal, kerana ramai orang yang terjun ke bidang ini yang telahpun berjaya malah menjadi kaya raya. Begitu juga saya yang baru mahu berjinak-jinak dengan bidang ini, telah melihat bahawa bidang ini berpotensi untuk menjadi periuk nasi yang kedua, malah akan menjadi yang utama.
Walau bagaimanapun anda dinasihatkan agar benar-benar memahami selok-beloknya dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur. Sekurang-kurangnya 6 bulan, malah sehingga setahun. Hanya setelah anda memahaminya, barulah membuka akaun mengikut kemampuan anda, dan disinilah anda boleh mendabik dada, betapa kini anda mempunyai satu bisnes persendirian. Andalah yang mengawalnya dan pemainnya. Tetapi awas, jangan alpa, ketamakan dan kerakusan boleh membawa padah. Apabila anda sudah menjadi pemain dalam perniagaan anda, uruslah dengan bijak umpama seorang penyerang pemain bola yang tenang dengan kemhiran tinggi yang sentiasa berhasil menjaringkan gol dalam setiap permainan. Saya pernah terbaca dalam satu forum, mengatakan 0.01 pips lebih berharga dari 1 pips....fikirkannya. Yang mengatakan ini adalah otai forex...
Sebenarnya bidang ini amat menyeronokkan jika anda adalah seorang yang penyabar. Walaupun anda kalah sekejap, tetapi itu bukanlah ukuran untuk kegagalan seterusnya. Oleh itu belajarlah dari orang yang telahpun melalui banyak cabaran di bidang tersebut...
Sanggup untuk berubah? Ayooo....
Admin
Admin